
Mesti lu orang yang bace or terperasan title gua neyy ,
mesti ada feel nak terajang gua je kan ?
Yelah . Tajuk macam annoying gilaa beruk . Relaks . Relaks . Gua ada penjelasan untuk title gua .
Dan gua harap lu orang boleh bagi respon pada pertanyaan gua .
Pada yang perasan Kata Ganti Diri
( K . G . D ) yang baru digunakan secara berleluasa dalam blog ney mesti tertanya tanyakan kenapa kenapa ?
Dan mesti lu orang ingat gua kena sawan babi kan bila gua guna GUA LU ? Yelah , dulu guna KAU AKU .
Sekarang GUA LU pulak . Okey okey . Let me explain first .
Gua tukar Kata Ganti Diri
( K . G . D ) dalam style penulisan blog gua
kerana gua saja saja nak tukar angin .
Penegasan disini tukar angin okey ? Bukan buang angin . Jadi jangan tutup hidung tu .
Dulu , gua guna KAU AKU .
Gua bosan . Bosan gua .
Mana mana blog mostly guna KAU AKU .
Jadi , untuk mendatangkan kelainan .
Gua membuad perubahan seperti yang lu orang tau .Iaitu K . G . D ditukar kepada GUA LU .
Kenapa gua pilih GUA LU untuk tukar K . G . D ? Sebab bila gua bukak dan baca beberapa blog yang gunakan GUA LU , gua jadi enjoy baca .
Walaupun owner yang gunakan GUA LU tu lelaki , tapi bagi gua itu bukan halangan untuk gua . Kenapa gua tak gunakan I YOU sebab gua rasa gua belum cukup umur
untuk menggunakan K . G . D seumpama begitu .
Begitu juga dengan SAYA KAMU . Bagi gua K . G . D sebegitu rupa hanya sesuai digunakan oleh blogger yang boleh digelar sebagai pak cik , mak cik , cikgu , bapak , opah atau atok .
Sumpah tak sesuai kalau gua gunakan I YOU , SAYA KAMU .Yes , exactly . Kenapa tak guna nama gua sahaja ?
Tidakkah lu orang rasa K . G . D itu terlampau sopan jika gua gunakan nama gua sebagai K . G . D yang baru .
Bia gua bagi contoh
“ Hari ni DYLAA rasa gembira sangat . Awak tau kenapa DYLAA gembira ? Kerana DYLAA rasa suka hati . Awak nak tau , kenapa DYLAA rasa suka hati ? Sebab DYLAA rasa DYLAA seorang yang suka sukakan hati sendiri . ” Kau tak rasa selekeh ke ? Simpang malaikat 4 darab 99 ! Gua bukan jenis manusia yang suka berlagak sopan .
Kesimpulannya , nama gua tak sesuai dijadikan K . G . D yang baru .
Cadangan menggunakan nama gua sebagai K . G . D yang baru dibangkang oleh gua sendiri .
Mungkin gua akan tukar angin lagi . Yelah . Angin gua bukan reti duduk diam diam .
Asyik nak bertukar tukar ajee kejeenye .Siapa tahu lepas ni gua guna K . G . D yang baru iaitu BABY HUBBY pulak kan ?
KAHKAHKAH .